Tatowwur; berperingkat

Bismillah.

Aku cuba mecuri sedikit masa untuk menulis tentang pembelajaran semalam.
Tertarik dengan kata-kata/ 'quotes' ustaz dan ustazah yang mengajar dalam kelas.

Dalam kelas Ustaz Saufi, aku belajar tajuk مصدر ميمي yang mana ia membawa maksud isim atau kata nama yang menunjukkan kepada peristiwa sesuatu kejadian, yang bermula dengan huruf mim tambahan dan dinasabkan kepadanya.

Semakin dalam tajuk masdar mimi tu, semakin banyak benda yang kami keliru. Dan pada akhir kelas, ustaz buat satu quotes yang bagi aku ia ringkas, mendalam dan penuh makna iaitu:

" Sebijak mana pun entum, jangan rasa bijak. Kerana suatu hari, kamu akan lihat kamu bukan bijak."

" Kamu belajar kena tartil; satu-satu (one by one). Ada 10 bab dalam satu subjek dan kamu baru shj faham 1 drpd 10. Sabar dulu. Jangan berlagak. Ada banyak lagi benda yg kamu kena terokai. Kamu 4 tahun di sini bukan 100% semua ada didalam genggaman kamu (ilmu) mungkin 40% dari itu, ada banyak lagi yang perlu kamu belajar. Tartil. Satu-satu. Kamu tak boleh nak sekaligus."

Simple but deep, aite? :)


Kedua, dalam kelas Ustazah Nik Solehah. Belajar tentang sejarah Tamadun Mesir dan sejarah kaum 'Ad wa Thamud.

Dalam sibuk berbicang tentang sejarah kaum-kaum terdahulu, ustazah ada selit tentang ilmu falak ilmu nujum pada zaman 'Ad dan Thamud.sebab ada seorang classmate ni dia menyebut tentang kekuatan dan kepandaian kaum itu dalam sesuatu bidang. Maka timbullah soalan dari ustazah, yang bunyinya begini,

"Jadi ilmu sains, ilmu falak bukan baru start sejak Zaman Abbasiy bahkan telah dipelopori oleh mereka dari Tanah Arab/ kawasan sekitarnya sejak sebelum Zaman Abbasiy itu lagi",  صح ؟

"Dan ini menunjukkan bahawa berlaku perkembangan ilmu pada zaman 'Ad dan Thamud dan pada Zaman Abbasiy merek mengembangkan, meneruskan dan melakukan kajian yang lebih mendalam lagi. Hadza ya tullab, At-tatowwur! (Perkembangan)"

"Nahtaj ila sistem. Tatowwur fi fikrah, tatowwur fi tasbitul ahkam, tatowwur fi syakhsiah. Tatowwur fi tarbiyyah."

"مندرجيا ليس فجأة. لماذا؟ لأن نحن إنسانا. ولد من بطن أم. من الطفل وينمو إلى الكبار. تطور!"

Dan pada masa ni, terdetik dalam hati kecil aku bahawa kita sememangnya memerlukan kepada tatowwur. Bukti-bukti semua telah ditunjukkan disekeliling kita, pada penciptaan manusia yang berperingkat, penumbuhan dari fasa kanak-kanak hingga dewasa, penurunan ayat al-quran dari sedikit shingga menjadi banyak. Benda ni semua boleh dikaitkan dan dipraktikkan dengan perkara seharian dalam hidup kita. Contohnya, cara kita belajar, cara pembentukan sahsiah dan macam-macam lah. Tinggal sama ada kita nak buat, nak mulakan sesuatu-dan juga rajin atau tidak, itu sahaja..

Tepuk dada tanya selera. #Youchoose #Thepowerisinyourhands

Comments