Posts

Showing posts from November, 2017

Tatowwur; berperingkat

Bismillah. Aku cuba mecuri sedikit masa untuk menulis tentang pembelajaran semalam. Tertarik dengan kata-kata/ 'quotes' ustaz dan ustazah yang mengajar dalam kelas. Dalam kelas Ustaz Saufi, aku belajar tajuk مصدر ميمي yang mana ia membawa maksud isim atau kata nama yang menunjukkan kepada peristiwa sesuatu kejadian, yang bermula dengan huruf mim tambahan dan dinasabkan kepadanya. Semakin dalam tajuk masdar mimi tu, semakin banyak benda yang kami keliru. Dan pada akhir kelas, ustaz buat satu quotes yang bagi aku ia ringkas, mendalam dan penuh makna iaitu: " Sebijak mana pun entum, jangan rasa bijak. Kerana suatu hari, kamu akan lihat kamu bukan bijak." " Kamu belajar kena tartil; satu-satu (one by one). Ada 10 bab dalam satu subjek dan kamu baru shj faham 1 drpd 10. Sabar dulu. Jangan berlagak. Ada banyak lagi benda yg kamu kena terokai. Kamu 4 tahun di sini bukan 100% semua ada didalam genggaman kamu (ilmu) mungkin 40% dari itu, ada banyak lagi yang p...